SLIDER

Jiran Bela Kucing, Tapi Tak Peka Kebersihan


Salam, Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman, mohon kongsikan di sini.

Saya tinggal di kediaman rumah teres. Ada beberapa buah rumah jiran saya membela kucing. Saya luahkan ni bukan sebab saya tak suka kucing. Saya suka kucing, tapi saya tak suka bila ada orang yang membelanya tidak menjaga kebersihan.

Saya tiada masalah dengan 2 org jiran saya yg bela kucing kerana derang jaga dengan elok, bersih dan tidak berbau. Masalahnya timbul ada sorang jiran lain ni pun bela kucing, tapi Ya Allah...busuknya, kotornya seolah -olah membela tapi tak peka akan kebersihan. Ini yang membuatkan saya tak senang duduk.

Jiran yg sorang ni bela beberapa ekor kucing dan sangkar diletakkan di hadapan rumah. Bau2an dari sangkar tu mmg kurang menyenangkan. Bila saya buka pintu rumah je terus baunya melekat kat hidung, masuk sampai dalam rumah.Kdg-kdg baju yang saya sidai di luar rumah melekat bau busuk tu. Saya tak tahulah bau apa tu. Tpi jiran lain yg bela kucing , takdelah bau mcm ni. Mgkin die tak bersihkan sangkar setiap hari kot.

Kitorang mmg tak tahan dengan bau yg sangat kuat tu, terpaksa la kami berkurung dalam rumah, tak buka sliding door, tak buka tingkap dan pintu. Kalau ada saudara-mara atau rakan-rakan datang ke rumah, kami sampai naik malu. nak buka pintu, bau busuk. Nak tutup pintu ramai pula berkuap dalam rumah.

Satu hal lagi, lubang longkang di depan rumah dulunya elok je..untuk aliran air hujan. Sejak menjak jiran ni masuk, lubang tu dah terkambus dengan tanah. Mula -mula saya tak pasti kenapa jadi macam tu. Tapi saya ada ternampak jiran ni membuang pasir kucing yg bercampur tahi kucing. Memang geramlah saya, sbbnya dulu elok je longkang tu, sekarang bila hujan, air tak dapat mengalir ke situ menyebabkan melimpah kat jalan hadapan rumah. 

Saya memang tak faham tentang penjagaan kucing , tapi yang saya keliru kenapa ada org lain boleh bela dengan elok, kenapa tidak dia. Pada saya, kalau malasss, tak perlulah bela . Kesian kucing, kesian jiran-jiran lain. Bukan ke kucing tu haiwan kesukaan nabi. Jadi pada saya kita perlulah jaga kucing dengan elok dan jaga kebersihan seperti kita jaga diri kita.

Nak minta pendapat koranglah, bagilah pendapat dan idea cara nak tegur jiran tu berkenaan hal ni dengan cara berhemah. Takde sentap-sentap . Adoiii haiii.

-Rubi-

1 comment

susah hati said...

jiran saya pun sama membela kucing dalam sangkar di depan rumahmya dan cuma selangkah jauh dari sliding pintu saya! tiap tiap hari saya terpaksa menutup sliding door tetapi bau busuk tetap melayang masuk juga ke dalam ruang tamu! baju yang sedai depan rumah pun bau busuk! anak kucing mati di car porch saya hingga berulat dan berbau bangkai!

Jika kucing nya mati dia pula tanam ditanah kosong depan rumah saya! saya terpaksa simenkan tapak kosong depan rumah demi mengelak perbuatan tidak seronok jiran berulang lagi! Mukanya masam sejak itu setelah nampak saya simenkan tapak kosong tu! Hingga hari ini enggan bercakap dengan saya sungguhpun berkali kali saya bersalam dengan dia!

tahi kucingnya disiram air dan mengalir ke depan longkang bertambah lagi busuknya! Tetamu datang semua komen depan rumah busuk, enggan duduk lama kerana masuk ruang tamu juga dapat bau busuk!

Lagi lagi masa MCO ini terpaksa duduk diam diam di rumah, lagi mencium tahi kucing tiap tiap saat. Jiran lain juga bersunggut tentang perkara ini tapi apa boleh buat kerana tidak ingin bergaduh!

Aduhai, saya tahu jiran sedar perkara ini , harap dia baca laman Qaseh ini dan tolong jaga perasaan dan kesihatan jiran, edarkanlah kucingnya masuk ke dalam rumah, jangan menyusah kami lagi!

Jaga persaudaraan yang erat tidak akan jadi jika tepuk tapak tangan sebelah sahaja. Harap jiran menghargai persaudaraan kejiranan tetangga yang mesra, cepat cepat alihkan kucing kesayangannya masuk ke dalam rumah dan bukan memelihara di depan rumah kerana perbuatan ini betul betul mengganggu keselesaan dan kesihatan jiran! harap dimaklum.


Nota: Saya sudah tidak tahan setiap saat mencium bau busuk tahi kucing, Terbaca pula article masalah yang sama dalam blogger ini, sungguhpun ditulisnya dalam tahun 2016, harap penulis ini sudah selesai masalahnya dan sila "ajar" teknik yang beliau guna dalam menandatangani msalah ini. Terima kasih.

Responsive Advertisement

RECENT COMMENTS

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

Online

Artikel Lain

© LAMAN QASEH • Theme by Maira G.