Menagih Cinta Sekretari
Salam sis, saya najwa,
berumur 28 tahun. Saya bekerja di sebuah syarikat sebagai seorang sekretari. Di
sini saya mula bekerja pada 4 tahun lepas sebagai sekretari junior, kini saya
memegang jawatan sebagai sekretari senior yg mana saya mempunyai tanggungjawab
dan amanah yang besar di atas tugas-tugas saya. Saya sgt happy , dalam tempoh
masa empat tahun saya dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk menggalas
tugas baru ini. Saya bersyukur sgat-sgat, memandangkan inilah yg saya
cita-citakan, sepanjang saya bekerja disini.
Kat sini , ada 5 org bos.
Setiap bos ada sorang sekretari. Jadi selepas saya menjadi senior, saya
ditukarkan untuk bertugas di bawah bos A. Kiranya saya masih barulah kat dept
ni. Bos saya ni, kalau nak digambarkan dari segi luaran memang sangat kemas,
sedap mata memandang, dan sangat manis bila bercakap dengan sesiapa pun pasti
rasa takjub mcm tu. Kacak, sekali pandang mmg akan suka. Umur 41, laki orang,
wifenya cantik sgt-sgt, mmg sepadanlah dengan dia yg hensem bergaya. Anak 2
org, sepasang ,comel-comel. Wife die bukan setakat cantik, tapi baik hati sgt
dan berbudi bahasa.
Baru 5 bulan saya bekerja
dengan bos saya ni, kiranya saya dah boleh serasi dengan cara kerja dia. Mmg
sgt senang dan mudah untuk berurusan. Kiranya bos saya ni pun mudah untuk
memberi kerjasama. Sampaikan saya pun dah kenal rapat juga dengan wife die, sbb
kdg –kdg bos saya ajak dtg rumah bila ada keperluan, contoh mcm untuk ambil
brg-brg opis . Jadi saya tak pernah ada syak apa-apa yg pelik dgn bos saya.
Nak dijadikan cerita, bos
saya dilantik untuk jadi pengurus satu projek. Bermula dari projek nilah kami
mula sibuk. Mcm mcm kerja kena buat, jadi saya diperlukan setiap masa untuk
tolong bos apa-apa yg patut. Setiap kali mesyuarat, jumpa client kat luar atau
pergi tempat site, bos mmg ajak saya sekali. Katanya nak bagi pengalaman mcm
mana buat projek. Bermakna diwaktu pejabat waktu siang kami sentiasa akan
bersama, pergi mkn sama-sama. Dari situ, bos mula rapat dgn saya. Jika ada
waktu lapang bersama, bos selalu sembang bertanya hal-hal peribadi saya, life
saya dan mcm-mcm lah. Mula-mula saya ok je. Lama-lama saya berasa pelik dan
juga kurang selesa dengan pandangan mata die apabila kami sedang bersembang.
Sehinggalah pada satu
hari, sewaktu kami bermesyuarat di luar kawasan, kami bermalam di hotel. Waktu
makan malam tu, bos akhirnya meluahkan perasaan die kpd saya. Saya terkejut dan
tak tahu nak respons mcm mana. Katanya sejak mula saya diassignkan dibawah dept
die, bos dah jatuh hati pada saya, sebab tulah die masukkan saya dalam projek
ini sbg tugas khas supaya die sentiasa boleh berdamping dengan saya dan
sentiasa bersama dgn saya. Saya mula rasa kurang selesa dan tidak sedap hati.
Seminggu saya tak boleh
buat kerja memandangkan bos selalu menagih cinta dari saya. Kemana saya pergi
pun, matanya tak pernah lepas mengekori setiap langkah saya. Setiap kali ada
kerja luar bersama, saya cuba utk tidak rapat dgn bos. Namun die mmg pandai
mengalih keadaan. Mana mungkin saya melukakan hati wife die. Wife die terlalu
baik, dan terlebih layak untuk die. Knp bos sanggup buat perkara mcm ni. Saya
bertegas utk sesekali tidak menghancurkan kebahagiaan org lain. Saya nekad
berterus-terang dengan bos saya, yg saya tak boleh terima cinta die. Ini tidak
betul. Saya bgtahu die, ini mesti satu kesilapan. Bos mesti bermain-main dengan
perasaan sendiri. Namun bos tetap berkeras mahukan saya.. Dia paham ini salah
dia, dan jugak mengaku wife die takde apa-apa kekurangan/kesalahan pun, malah
tetap akan menyayangi wife die. Katanya ini soal perasaan yg tak boleh
dibendung. Die kata die sanggup beritahu isterinya untuk jadikan saya isteri
kedua.
Saya dah mula rasa takut
dan serba salah. Kasihan dengan wife die. Saya tak mahu lukakan perasaan kaum
saya sendiri. Kalau saya berada di tempat wife dia, dah tentu saya rasa sedih
dan kecewa. Saya mmg nak tolak cinta bos saya. Saya dah bagitahu keputusan
saya. Muktamad. Tapi die berterusan memujuk, merayu dan terus menagih
cinta saya. Pembaca sekalian, bantulah saya mcm mana saya perlu buat utk bagi
bos saya faham dan terima yg saya tak boleh terima cinta dia. Dan juga mcm mana
saya perlu yakinkan die bahawa wife die yg satu tu pun dah cukup utk
membahagiakan die. Kalau fikirkan jalan pintas , pilihan die mmglah berhenti
kerja , tapi saya taknaklah disebabkan benda ni, saya perlu melepaskan kerja
saya yg selama ini saya idamkan. Saya pernah mintak tukar dept, tapi tak
diluluskan. Kalau ada yg sudi beri pendapat.
Tkasih
No comments
Post a Comment