Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Wajib Ambil Tahu Dan Jangan Abaikan
Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu. Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.
Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah
ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan
terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi.Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan
janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah.
Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang
sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi
rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5
bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan
banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini
berlaku.Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids.
Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang
bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Cara-cara menjaga rahim
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu,
nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan
dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan
jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil
awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan
adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000
kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses
kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang
lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan
adenomyosis.
3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan
progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel
otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah
endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan
imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi
banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan.
Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan
bermacam-macam penyakit dan gangguan.
Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal
dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga
jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide
dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal
dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga
jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide
dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen
tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara
faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak
perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS,
kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan
progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali
anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna
beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan
sayur dan buah2.
Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj
dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen
vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada
anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai
umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity
untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini
kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani
kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam
jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah,
kolej dan universiti berasrama.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak
berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang
disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang
haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu
sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan
ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak
kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai
gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan
dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau
‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang
ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan
suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah
mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah /
melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim
retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut
dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat
penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap
racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit
endometriosis dan adenomyosis.
9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang
rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab
itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya
banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan
syaitan.
10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya
nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim
papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang
rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit
hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit
B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit,
bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory
juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi,
pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak
makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga
dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan
lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan seperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel,
tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi
antioxidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar
(lembu atau kambing) setiap hari.
11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU)
,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) .
No comments
Post a Comment