Darah Kami Berlainan, Dia Bukan Anak Kandungku
Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan…… “ Rupa-rupanya selama ini isteri aku.
Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan
penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing.
Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka
cuma penulis sahaja yg tahu….
“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau
selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih
sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika
penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya
lebih lanjut lagi.Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana
dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya…. “Apa perasaan puan bila
baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan!
Saya rasa bukan saya seorang
sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki
yg mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka
mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama
kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa….
“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang
benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian
pengalaman pahit yg saya lalui….. “Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah,
ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa
kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini……
“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga
miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah
sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam
pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik juga…..“Biarpun saya
tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat
dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg
saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya…..
“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat
dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8
saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan
bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada
satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan
cuti umum, hingga risau ibu di kampung…..
“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan
kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang
bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di
mata gadis-gadis….“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan
dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang
konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di
pejabat…..
“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di
pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi,
mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik
juga….. “Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara
peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya
mendirikan rumah tangga dengan Hamizan……
“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli
seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada
itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan
di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam
tempoh kurang 13 tahun saya bertugas….. “Hamizan bekerja di sebuah badan
berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin
menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama.
Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan
silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara tersebut….
“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul
8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka
kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda,
berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada
bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi….. “Suatu hari lebih kurang sedekad
lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan
isteri diusung orang merata tempat.
Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan
tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun
saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa
bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat
sendiri…..“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua
saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia
tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar
masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi
di jabatannya, juga berpangkat rendah…..
“Bila diajukan dengan bukti Hamizan
tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya,
termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak
dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang
membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa
depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk
adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan
keluarga saya…..
“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya
perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun
tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke
e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan
seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi,
kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak
ada apa-apa…..
“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan
berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya
beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of
limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20
tahun, bila-bila saja. Allah maha besar….. “Apa yg menghairankan saya, Hamizan
bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau
berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari
dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung,
pakaian sopan.
Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru
saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat
maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar…..“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya
bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar.
Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari
anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di
IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan.
Katanya, dia bukan anak saya.
Darah kami berlainan…… “Saya terkejut besar. Bila
saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis
darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir
kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini…..“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan
bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi
lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut,
meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine…… “Malah pernah
rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah
seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali
dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali….
“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak
pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya
lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun
dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis….. “Anak-anak tahu perbuatan keji
emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan
pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya.
Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan
tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal
anak-anak bahagia…..
“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan
sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya. “Nuraine hampir setiap
hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih
suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya
saya masih tidak menceraikan Hamizan….. “Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan.
Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis
meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha
Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan
saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan
sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi….
“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima
Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat
pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa
Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan
kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan….. “Kalaulah membunuh
bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya
cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan
dengan daging busuknya,” demikian cerita Zain…..
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk
adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya.
Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk
masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg terbang bebas? Kepada
pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yg curang seperti
ini?…….
No comments
Post a Comment