(Resepi : Video) Cheesy Wedges Ala KFC
Resepi
Cheesy Wedges Ala KFC
Jimat
+ Sedap + Senang Puas Makan!
CARA BUAT KENTANG WEDGES
Berikut
adalah bahan dan cara membuat kentang wedges
BAHAN-BAHAN
4
biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya
dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
cheezy-wedges-3
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
cheezy-wedges-3
CARA-CARA
1.
Potong Kentang.
Pertama
sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.
2.
Kukus .
Kemudian,
kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.
3.
Gaulkan Mixed Herbs.
Selepas
dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan
garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh. Gaulkan
biar sebati.
4.
Taburkan Tepung Jagung
Seterusnya,
taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
5.
Goreng
Goreng
tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah
dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
Di
bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade.
CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE
Berikut
adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN
3-4
sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit pewarna kuning (optional)
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit pewarna kuning (optional)
CARA-CARA
1.
Panaskan Bahan
Mula-mula,
cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga
tepung sebati.
2.
Masukkan Kepingan Keju
Masukkan
pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna
kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3.
Siap
Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
*
Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu
besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi
sos.
4 comments
Sedap . CCL selalu salut dgn lada sikit ..sebab sukakan pedas
Wah sis, nanti boleh share di sini resepi sis. Nanti admin boleh cuba
OOhh, tu dia rahsia nya ya, kentang tu di kukus dulu, ok dah tau dah.. petang ni leh buat utk minum petang, thanks for sharing dik.
@KakSu-Membantu ibu2 dirumah membina blog untuk menjana pendapatan
sama-sama @KakSu
Post a Comment