Perasaan Gadis Bermata Juling
Hai, cukup tahu yg nama aku A dan aku seorang gadis yang bermata juling (jenis exotropia) – bukan mata malas.
Untuk pengetahuan korang, aku juling bukan sejak lahir. Something
terjadi pada aku ketika berumur 11 tahun dan menyebabkan mata aku juling
sehingga kini (24 tahun).
Jujurnya, aku rindu dengan penglihatan aku yang lurus. Sampai aku
lupa macam mana rasanya nikmat melihat dengan mata yang normal.
Selepas juling, mata aku beransur2 rabun dan rosak dan aku pun tak
tahu kenapa. Masa tu seawal 11 tahun aku terpaksa pakai spek tebal.
Level confident? Totally down. Masa sekolah rendah xrasa sangat sebab
kawan2 aku tahu apa yg terjadi pada aku. But, bila tiba di sekolah
menengah macam2 ejekan dan jolokan yang mereka berikan pada aku. Sampai
satu tahap, aku jadi pendiam dan jarang bercakap.
Masuk saja ke zaman universiti aku cuba utk tingkatkan keyakinan
diri. Aku cuma fikir satu perkara “kalau aku malu, sampai bila2 aku xkan
dapat hidup bahagia’
Ya. Aku punya cita-cita. Aku mahu bina kerjaya sendiri. Aku mahu
diterima oleh orang sekeliling aku. Aku mahu mereka menghormati aku
sebagai seorang makhluk yang punya perasaan.
Teringat aku kat zaman university. Pernah juga aku kena perli dengan
seorang pensyarah sampai satu kelas gelakkan aku. Tak apa aku cuba
sabar. Tapi, sekuat mana aku cuba sabar… Jantung berderap sakit juga.
Sampai aku lari ke toilet, nangis sepuas2nya. Keluar je toilet, kepala
dah berpusing2 rasa nak tumbang. Allah, lemahnya psikologi aku tahan
dugaan.
Tapi, aku cuba bangkit. Bangkit jatuh…. Bangkit lagi dan aku tak tahu sampai bila rotation ni akan terhenti.
Dilema aku bertambah berat lepas grad. Peluang kerja utk individu
istimewa macam aku agak tipis, terutama sekali bagi jawatan yg
mementingkan aspek luaran, you know what i mean.
Mungkin ramai yang cakap aku xreti bersyukur. Lebih baik juling dari
buta dan sebagainya. Tapi, derita menjadi seorang gadis bermata juling
itu aku yang rasa. Kalau nak dicerita terlalu banyak kisahnya. Aku cuma
nak luahkan apa yang aku pendam selama ni.
Aku xpernah salahkan takdir. Aku percaya ada hikmah disebalik semua
ni. Aku percaya Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik buat aku. Cuma
aku perlu sabar mengusahakannya.
Buat mereka yang senasib dengan aku. Kalau nak menangis, menangislah
sekarang. Bila tiba masanya kau perlu bangkit, bangkit dan berlarilah.
Jangan biarkan kesedihan makan hati kau sampai kau tak boleh bangun
berdiri lagi.
Aku pun begitu. Masih mencuba. Semoga kelak ada peluang kerja yang
baik menanti aku. Aku harap korang doa2lah yang baik untuk aku…. dan aku
doakan (kepada kau yg membaca) semoga Allah ampunkan dosa2 kau,
lindungi dan beri rahmat kepada kepada kau dan seluruh keluarga kau.
Aminnn.
Oh, pinta aku cuma satu. Nasihatilah anak2 mu, orang sekeliling mu.
Hentikan mengutuk dan mencaci fizikal orang lain. Tak kisahlah apa juga
jenis kecacatan dia, pleasee jangan biarkan orang seperti kami
menanggung bebanan emosi yang lama kelamaan jadi nanah.
P/s: Bukan semua orang memiliki hati yang tebal seperti kamu.
– A
No comments
Post a Comment