Bujang VS Kahwin ; Jangan Takut Dengan Pilihan Anda
Saya pernah berjumpa sekelompok pemuda yang tidak mahu berkahwin kerana melihat kepincangan keluarganya atau kerana takut dengan tanggung jawab.
Ingin saya katakan kepada mereka dan yang sealiran dengannya… berkahwinlah
Kerana berkahwin juga adalah ibadah. Ibadah akan sentiasa mendekatkan kita kepada Allah.
Betul, berkahwin ni banyak masalah tapi…
1. Dapatkah kita lari dari masalah? Kehidupan ini adalah pentas
ujian. Kita akan pasti diuji samada kita bersedia atau tidak kerana
inilah tujuan Allah jadikan kematian dan kehidupan;
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
Jadi lari dari masalah bermakna kita lari dari kehidupan.
Namun satu perkara yang perlu kita ingat. Orang yang berkahwin
jiwanya “terikat” untuk menyelesaikan masalah itu kerana ia ada suami
atau isteri, ada anak-anak. Akhirnya dengan masalah tadi…tidak dapat
tidak akhirnya ia akan tersungkur sujud mengharapkan rahmat dan
pertolongan Allah.
Kalau bujang… kita mungkin boleh lupakan masalah kita..pergi Cameron
highland, pergi memancing, main game, layan movies dan sebagainya. Sedar
atau tidak semua cara-cara ini akan makin menjauhkan kita dari Allah
SWT dan sangat sukar untuk kita berpatah balik kerana jiwa kita tidak
terikat pada sesuatu yang memaksa kita untuk balik kepada Allah…kita
akan terus hanyut dan hanyut.
Betul kita melihat ayah kita atau ibu kita “berdosa” kerana gagal
menjadi ayah/suami atau ibu/isteri. Kita boleh melihat tapi tidak layak
menghukum…kita tidak tahu berapa banyak air mata penyesalan mereka
didepan Allah yang menjadikan mereka sentiasa mengharapkan rahmat Allah
SWT.
2. Fitrah manusia akan makin terbina dengan masalah dan tanggungjawab
sebaliknya akan semakin rosak dengan kerehatan, kesenangan dan hidup
tanpa rasa tanggungjawab.
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
Kata ulamak tafsir..dengan kesusahan dan kepayahan jiwa manusia akan
semakin matang, semakin kuat dan semakin bersedia untuk menjadi mukmin.
Dengan ujian ujian hidup kita akan naik darjah. Kenapa kita sanggup
bayar untuk ambil SPM atau STPM? Sedangkan itu adalah masalah yang
terkumpul. Kerana kita ingin naik “darjah” untuk kita lebih berjaya
dalam hidup.
3. Memang “simple mathematics’ masalah berumahtangga lebih besar dari
masalah bujang. Itu jika kita melihat ia sebagai masalah tapi jika kita
melihat sebagai peluang? Peluang untuk mengumpul bekalan untuk balik
pada Allah maka betapa banyak peluang-peluang yang kita ada. Pahala
ibadah yang berganda, anak-anak yang akan berdoa dan menyambung amalan
kita.
Adakah kita mengharapkan sesuatu dengan harga yang murah?
Bahkan dengan masalah msalah tadi kualiti ibadah kita menjadi lebih
baik, doa kita lebih khusyuk dan penuh pengharapan, solat kita lebih
kita rasakan keperluannya bahkan ada rasa rindu untuk berjumpa Allah,
mengadu masalah dan memohon kekuatan dariNya.
Kalau bujang??? Apa kita buat kalau ada masalah? Andaboleh menjawabnya sendiri
Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari
No comments
Post a Comment