Kisah Perempuan 'Pisau Cukur'
SELAMA ini Bro hanya mendengar sahaja mengenai
kisah perempuan menjadi 'pisau cukur'. Perempuan macam ni mereka tidak
ikhlas untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki. Mereka hadir dalam
hidup lelaki itu untuk sementara bagi mengikis kekayaan lelaki
berkenaan.
Demi untuk hidup mewah juga perempuan 'pisau cukur' ini seolah-olah
sudah tidak mempunyai harga diri, bagi mereka apa yang penting ialah
wang, wang dan wang.
Demi wang juga mereka akan merelakan tubuh mereka dijamah oleh lelaki
yang akan 'dicukur' oleh mereka itu, apalah ada kepada aksi yang tidak
mungkin sampai 30 minit berbanding ribuan ringgit yang akan mereka kebas
daripada lelaki tersebut.
Bro bukannya hendak memburukkan kaum perempuan, biarpun hakikatnya
ramai di antara mereka berperangai buruk tetapi ini pengalaman Bro
sendiri apabila dapat berbual-bual dengan seorang wanita yang
mengorbankan dirinya menjadi 'pisau cukur' semata-mata untuk hidup
mewah.
Melihat wajahnya Bro akuilah dia ada sedikit kecantikan yang boleh dijadikan modal untuk mencairkan kaum lelaki tetapi dia bukan taste
Bro jadi Bro tidak ada apa-apa nafsu ketika berbual panjang dengannya.
Memanglah sebahagian kaum perempuan memang suka menggunakan kecantikan
anugerah Tuhan untuk kepentingan mereka tetapi yang selalu Bro jumpa
ialah yang perasan cantik dan tubuh menarik inilah masalahnya.
Oklah Bro nak kembali kepada kisah perempuan 'pisau cukur' tu yang
menjadikan seorang yang dianggap bertaraf VVIP sebagai sasaran. Biarlah
Bro perkenalkan dia sebagai Isabella. Kalau dari segi tubuh, Bro fikir
Isabella tidak ada apa-apa keistimewaan tetapi disebabkan dia memakai
baju dan seluar ketat nampaklah menarik, bagaimanapun Bro yakin kalau
ditanggalkan semua pakaian tu, tubuhnya tak ubah seperti tepung roti nan
yang sedang diuli.
Menurut Isabella, dia memang ingin hidup mewah, kalau hendak
diharapkan gaji sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta memang tak
cukup. Oleh itu Isabella menjadikan VVIP yang kaya sebagai sasaran dan
usahanya berjaya.
Seorang VVIP yang bertaraf jutawan termasuk dalam perangkapnya.
Sebagai 'modal' permulaan dia merelakan VVIP yang jauh lebih berusia
daripadanya menjamah tubuhnya di sebuah hotel bertaraf lima bintang di
ibu negara.
Apabila Bro tanya dia tak menyesalkah berbuat demikian jawapannya,
''Ala Bro, bukannya lama sangat tak sampai 15 minit pun orang tua dah
terkulai, yang penting lepas tu aku dapat apa yang aku hajat."
Pujuk rayu
Memang dia berjaya, melalui pujuk rayunya VVIP tersebut bukan sahaja
bersedia memberikan wang tunai mencecah beribu-ribu ringgit bila-bila
masa malahan juga barang kemas. Kini Isabella yang berasal dari sebuah
negeri di pantai timur sedang berusaha pula untuk mendapatkan kereta
mewah dan sebuah banglo. Bila Bro tanya adakah itu akan menjadi
kenyataan, Isabella menjawab, tak ada masalah punya sebab VVIP tu memang
sayang kat aku, apa aku minta dia akan beri, yang mustahak bila dia nak
'benda tu' aku kena serahkan, kadang kala bila aku tidak ada mood, aku
akan beri alasan tengah uzur, dia ok saja."
Bagi Isabella, tiada soal kasih, sayang atau cinta terhadap VVIP yang
dipanggil 'abang' itu biar pun VVIP berkenaan sudah menjangkau hampir
60 tahun.
''Bro, kau jangan kata aku sahaja jahat, ramai perempuan yang macam
tu, malahan ada antara mereka lebih teruk sebab bertudung litup tetapi
perangai macam syaitan, depan orang buat perangai macam ahli syurga,
belakang orang hantu raya," kata Isabella menyambung perbualan sambil
menyedut rokoknya dalam-dalam.
Sememangnya Bro tahu ramai perempuan yang hipokrit di dunia ini dan
di kalangan kita pun ramai tetapi sikap hipokrit sehingga sanggup
menjadi 'pisau cukur', Bro fikir dah melampau.
Bagi Bro, maaf cakaplah, perempuan yang menjadi 'pisau cukur' ini
baik sikit saja daripada pelacur, kalau perempuan jalanan mereka
menggadaikan tubuh kepada sesiapa sahaja tetapi perempuan pisau cukur
hanya berbuat demikian untuk orang tertentu sahaja. Tetapi dari segi
maruah, memang kedua-dua kelompok tidak ada maruah apatah lagi kalau dia
perempuan Melayu dan beragama Islam.
Di akhir perbualan Bro bertanya lagi sampai bila dia akan terus
menjadi perempuan murahan dengan menggadaikan segala-galanya demi untuk
hidup mewah.
''Tunggulah dulu, aku masih belum puas, banyak lagi yang aku hendak
beli dan miliki, kalau VVIP tu dah bosan dengan aku, aku akan cari orang
lain pula, lagi pun aku dah standby 'pengganti' VVIP tu," kata Isabella penuh bangga.
Bro hanya menarik nafas panjang mendengar pengakuan berani Isabella.
Inilah masalah perempuan, kalau mereka dapat pergunakan seseorang
lelaki, mereka akan pergunakan habis-habisan.
Segala anugerah Tuhan kepada mereka disalahgunakan untuk mencari
jalan yang tidak diredai oleh-Nya. Bro yakin ramai lagi perempuan macam
Isabella kerana sebahagian perempuan tidak ada kerja lain, selain
menggoda lelaki untuk hidup senang.
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang
No comments
Post a Comment