Setahun Sekali Datang Haid, Hidap PCOS - Wanita Ini Kongsi Pengalaman
PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal Syndrome’ ini
disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana
terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini
boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada
ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti,
pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Jom kita baca pengalaman
yang dikongsikan oleh wanita yang merupakan bekas pesakit PCOS ini untuk
dijadikan panduan.
MY JOURNEY WITH PCOS #pcosfighter

Sempena setahun selepas buat Laparoscopic Surgery on Pcos, jom kita
throwback sikit pengalaman saya. Cerita ni bermula seawal umur 14 tahun
bila period datang dua bulan sekali. Dan semakin meningkat jarak
kehadiran period tu. Sehingga pernah setahun, hanya sekali. TAHUN 2013,
perubahan pada kulit semakin ketara, bulu roma di tangan semakin lebat,
jerawat semakin subur di kulit, pikmentasi kulit semakin bertambah,
period semakin lambat. Pernah 8bulan xdatang period. Pergi klinik
reproduktif, masa tu doctor suspect pcos.
Ape itu PCOS?

Doctor suruh buat research sendiri. Supaya betul² faham maksudnya.
Doktor kasi pil hormone (Yasmin/ Diane35) Dan doktor kasi refer letter
ke Hospital. Tapi masa tu masih xtau kemudaratan nya.. TAK PERNAH refer
hospital.
TAHUN 2015, semakin cakna tentang ketidakhadiran period, refer
hospital swasta dengan pakar O&G, doctor scan, tak kelihatan lagi
cyst nya dlm ovary. Cume ovary kelihatan bukan pada size normal. Doktor
hanya suggest utk teruskan ambik pil hormone selama 3bulan berturut.
Tujuannya adalah utk normalkan semula kelancaran period setiap bulan.
Malangnya, selepas 3bulan bergantung dgn Yasmin, masuk bulan ke-4,
period xdtg pula… mase tu mula rase stress dtg semula… fed-up dgn
ubatan, dan hanya biarkan period xdtg lagi.
TAHUN 2016, Selepas kahwin tanpa refer O&g terus ambik Yasmin
1cycle dan terus anggap boleh pregnant, bila xpregnant, lagi stress.
Bayangkan setiap hari check UPT (dan sehingga kini sy menjual UPT/OPK
haaa promote sikit). Setiap bulan pergi klinik scan. Tapi semua tu hanya
sia-sia. At last jumpe o&g semula, doctor bg cadangan utk ambik
ubat induced bleeding (provera) dan makan pil rangsang telur (clomid).

Ujian bertimpa, semasa cycle pertama pengambilan Clomid, perkahwinan
berakhir dengan penceraian (so xsempat experiment clomid tu). Stress
semakin kuat, hormon semakin tak stabil, emosi semakin bercelaru. Period
langsung xdatang selepas berpisah. Seminggu selepas bercerai, masuk
hospital demam panas, blood pressure naik mendadak (hipertension) dgn
bacaan 157/103.
TAHUN 2017, pasang azam dari keluarga dan orang sekeliling yg bnyak
memberi moral n mental support, kumpul semula semangat, kutip sisa hati
yg berkecai musnah. Pada awal bulan 7, buat check up di hospital akibat
rase ade sakit di breast. Lepas doctor buat scanning, tiada ape yg asing
dan doctor tnye history kesihatan, saya kata mmg dah xperiod 8bulan dan
doctor minta terus refer pakar O&G.
Bila buat altrasound, mmg nampak ketulan asing dalam kedua belah
ovary. Doctor terus buat procedure laparoscopic surgery utk ovary
drilling. Dan itu adalah ikhtiar terakhir yg boleh dibuat. Seminggu
lepas tu, hospital call utk operation. Alhamdulillah selepas 2 hari
pembedahan dilakukan, period keluar. Dan itulah saat yg tidak dpt
diperkatakan betapa bersyukurnya.

Sebab doktor kata, jika period turun selepas pembedahan, itu membawa
maksud pembedahan itu berjaya, jika tidak, doktor akan bagi masa dalam
2bulan. Jika tidak berhasil, maksdnya pembedahan tu tidak berjaya utk
membantu PCOS. Masa tu doktor hanye bekalkan ubat kencing manis
(metformin) utk 3bulan.
LANGSUNG TAK JAGA PEMAKANAN
Memang diakui semasa dlm waktu perkahwinan, langsung tidak jaga
pemakanan hampir setiap hari makan process food and junk food. Burger,
nugget, sausage, fries, ayam goreng, chips, snacks adalah makanan harian
sebabkan ikut selera suami. Tapi sebenarnye semua tu kesilapan besar
sebab waktu tu la adalah rapid growth untuk cyst tu terbentuk. Jika
tidak tersedar awal, mungkin boleh menyebabkan cancer. Nauzubillah!
Tengok gambar. Yang putih merening tu adalah ovary. Ovary yang tidak
normal. Warna putih sebab dah dipenuhi cyst. Kalau scan ultrasound, haaa
nampak biji biji hitam macam anggur. Ovary tu dipenuhi hormone
testosterone yg membantutkan kematangan telur. Sebab tu x period. So
doktor tebuk ovary utk release hormone testosterone tu.. Yg lain
lelemaks tu ko jgn tnye hakak.

Dan hormone hormone tu adalah dari pemakanan yg tidak sihat. So jaga
lah pemakanan… bertindak awal sebelum merana. So untuk wanita diluar
sana. Sayangi ovary anda kerana ovary ni sangat penting sbb ia adalah
kilang utama telur anda. Dan telur telur ini akan habis. Bayangkan, jika
dah banyak telur yg rosak menjadi cyst, tinggal berapa lagi telur yg
berbaki? Umur masih muda.
Jika anda mempunyai masalah period tidak stabil, segerakan lah jumpe
pakar. Jangan malu dan tggu sehingga bertahun. Jangan anggap tidak
period bermaksud anda mengandung! Itu adalah hormone. Hormone yg
mengganggu kitaran haid.
Tips: nak makan apa-apa ubat atau supplement, refer doc pakar anda
dulu. Sebab dosage berbeza bagi setiap pesakit. JANGAN IKUT APA KAWAN
AWAK MAKAN. Pesanan saya “hargai lah setiap titis darah period anda, saya setahun hanya sekali beli pad dan itu TIDAK NORMAL“.
Kredit : Ernieadilah Zulk
Kredit : siraplimau
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang
No comments
Post a Comment